Saturday, April 30, 2011

Tax oh Tax...

Phewwwww selamat...
Berjaya submit 2010 nyer form...
Tapi naper officer tu suh mrs tan take out EA form?
Dia kata xyah submit...
Nnti kalu mintak baru bagi...
Pe pe je la janji selamat submit...

Friday, April 29, 2011

Happy 2nd Birthday...


Muhammad Naqib Tan...
Selamat Hari Lahir...
Walau kita jauh dimata...
Dihati ingatan mama tetap kukuh...
Walau hanya kucupan memori itu tetap tegap dihati mama...

Insyaallah sampai masa kita akan ditemukan...
Mama rindu Naqib...
Bidadari syurga mama...

Wednesday, April 13, 2011

Maki Sushi...



1st time buat...
Beras sushi tu mmg dah berabad en. tan belikan...
Telinga pon dah bernanah kene kutuk ngan en. tan...hehehe
Sushi mat pon dah dah berabad beli kat Daiso...
Sampai boleh ilang and beli lagi yg baru...hehehe
Seaweed sampai dua jenis beli...
Crab stick bersilih ganti beli tapi buatnye tidak...kakaka
Akhirnya berjaya jugak memaksa diri utk buat...
Verdict the kids suka...
en. tan???...
xde perasaan mungkin xkene ngan tekak dia tapi xmo cakap la sayang mrs tan punya pasal...;p

Bahan2:
3 cawan kecil beras sushi (beli kat Giant kalo xsilap 1kg abt RM26 - last year's price)
4 cawan air (masak macam masak nasi biasa)
Timun jepun potong memanjang
Crab stick - celur sekejap
Mayonise
Seaweed secukupnya
2 sudu besar cuka*
3 sudu besar gula*
1 sudu kecil garam*

Method:
Campur sumer bhn * gaul dengan nasi yang dah masak - ketepikan
Bentang sushi mat & seaweed
Letak nasi atas seaweed - 1/3 je so that senang nak gulung
Picitkan mayo & susun crab stick & timum
Gulungkan mat seketat yg boleh so that bila potong akan jadi cantik
Hidang & makan

Since this is my first attempt rupa dia tak berapa nak lawa...
Tak pandai nak position kat timun & crab stick tu kat tgh2...
Xpe2 practice makes perfect...
Tapi rasa dah dekat dah...hehehe
Selamat mencuba...

Saturday, April 9, 2011

Lemaunyer...

mrs tan tgh bertenet nih...
Sambil tu si dara tgh layan AF9...
mrs tan pon dengar sama...
My two cents pendapat ialah sungguh lemau...
Especially yg pompuannyer...
Jauh beza sungguh ngan AI...
Tak tau camne dorang pilih...
Pastu xde aura langsung nak buat mrs tan folo...
Rasa taun ni mrs tan nak folo mentor...
mrs tan mmg tak tolong vote cuma tolong tgk tv je...hehehe
Seingat mrs ada dua kali je mrs tan vote kat AF...
Satu tuk mawi, satu tuk Kaer...
Itu dulu laaaaaaa...

Thursday, April 7, 2011

To Dot..Dot...Dot

Pepatah Cina ada kata...
Ini telah dialih bahasa oleh en. tan...
Kurang lebih la ye...hehehe

"Kalau anda tak cakap org tak kata anda BISU"...
Jadi kalau tak perlu xpayah la cakap...
Org mmg dah tau mulut anda berfungsi...

Tuesday, April 5, 2011

Selamat Beramal...

Renung-renungkan dan selamat beramal

السلام عليكم & Salam Sejahtera



Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke.

............Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"

Sunday, April 3, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW...

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Saturday, April 2, 2011

Naik Lagi?????....

Naik lagi???...
Kenapa asik naik ni??...
Dulu full tank 50++...
Skang ni dah 70++...
Even kete mrs tan cc kecik je tapi tetap rasa...
Pagi pegi keje jam...
Balik jam...
Mana janji rakyat diutamakan??...
Tax tinggi, petrol tinggi, barang2 lain confirm akan naik lagi TINGGI...

Friday, April 1, 2011

Asam Pedas Ikan Selar...


Lauk pedas mmg wajib dalam Tan's household...
Kalau xde kicap & cili padi potong pon dah cukup...
Asam pedas ni ikut ikan apa yg ada dlm fridge...
Masa mrs tan masak hari tu ada ikan selar so jadi la resepi kat atas ni.
So far mrs tan selalu masak guna ikan pari, kembung, selar kuning, ikan parang...
Ayam & daging xpenah try lagi...

Bahan2:

3 ekor ikan (jenis & potong ikut suka)
3 sudu besar cili kering blend
Air asam jawa - ikut citarasa sendiri
Garam & ajinomoto - ikut citarasa
3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih & 1 inci halia - dikisar/hiris/tumbuk halus
Serai 2 batang
Bendi/Terung
1 biji tomato
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menumis

Method:

Panaskan minyak
Tumis bawang merah, putih & halia sampai wangi
Campurkan sekali kunyit serbuk
Pastu kecikkan api (mrs tan suka guna api kecik coz nnti warna jadi cantik)
Masukkan air asam jawa, garam & pak aji
Masukkan cili blend goreng sampai wangi
Tunggu mengelegak & pekat
Last sekali masukkan ikan, bendi/terung
Biarkan mengelegak sekali lagi
Matikan api dan hidang