Wednesday, August 24, 2011

23 & 24 August 2011...

These two dates mmg special for me...
One is my b'day n the other one is my 15th wedding anniversary...
Time really flies...

Happy birthday to me...
Happy 15th wedding anniversary to me n en tan...
Moga jodoh berpanjangan dan bahagia selalu...
To en tan "Happy Wife Happy Life"...;)

To the kiddos...
The best birthday present for me ialah study hard and smart, rajin solat and kalo mama n babah cakap satu jgn jawab seploh okeh...
Kalo ni yg dibagi to me as my present confirm i am the happiest mother in the whole universe...hehehe

Monday, August 15, 2011

Perihal Lewat Sahur...

Sent to me by a friend. Ilmu yg baik untuk dikongsi bersama.

Baca dan renung baik-baik keterangan dibawah ini.

1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri Kedah ada Nota PERHATIAN -

Waktu akhir tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya.

2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu Subuh pukul 5.50 pagi, waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya iaitu pukul 5.45 pagi. Waktu subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. Justeru itu siapa yang masih minum pada pukul 5.47 bermakna ia telah minum selepas waktu subuh, maknanya dia tidak berpuasa lantaran jahil waktu taqwim(bukan jahil ugama). Oleh itu JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. PUASA IALAH RUKUN ISLAM. ORANG YANG BERAMAL MESTI BERILMU, MESTI ADA ILMU MENGENAI AMALAN ITU. Taarig puasa ialah Menahan diri dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari naik fajar hingga jatuh matahari.

3. Kenapa Jawatankuasa Takwim tulis tiap-tiap waktu sembahyang lewat 5 minit?. Jawapannya : Dalam Seminar Falak Syarei di KUZA Terengganu pada tahun 1990 an (tak ingat tarikh tepat) waktu masuk waktu sembahyang hendaklah ditulis 5 minit lewat bagi menyelamatkan orang yang hendak solat awal, pada hal ketika itu mungkin ia memakai jam yang cepat 1 atau 2 minit. Jika waktu sembahyang ditulis tepat seperti hakikatnya maka orang itu telah sembahyang padahal waktu belum masuk. Dia perlu sembahyang awal mungkin kerana nak pergi kerja cepat atau masalah lain, jadi dia sembahyang tanpa azan, tanpa iqamat, terus tengok jam dan sembahyang. Jadi sembahyang tidak diterima kerana belum masuk waktu.

4. Jawapan kedua. Kawasan sesebuah negeri itu kawasan yang luas. Contohnya Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling dan kawasan paling barat Kedah ialah Yan. Baling terima matahari lebih awal dari Yan lebih kurang 2 minit, kerana matlak(longitude) Baling disebelah timur dan matlak Yan di sebelah barat. Takwim hanya menyatakan satu waktu sahaja iaitulah 5 minit lewat dari tempat tengah-tengah Kedah. Secara rambangnya Alor Setar. Sebab itulah kita tengok negeri disebelah timur kita berbuka puasa lebih awal dari kita.

5. Jawapan ketiga. Dalam kiraan waktu sembahyang ahli falak mengira kepada 1 saat terhampir. Contohnya waktu subuh 5.45 pagi, mungkin kiraannya pukul 5 j 45 minit 20 saat( 5.45.20). Kita tak boleh tulis 5.45 kerana 5.45 belum masuk subuh. Waktu sebenar ialah 5.45.20. Oleh itu kita tulis 5.46 pagi hasil kiraan, kerana manusia melihat jam dan minit sahaja ketika mereka menggunakan masa. Kita tambah lagi 5 minit atas sebab-sebab diatas lagi. 5.46 + 5 minit jadi waktu subuh 5.51 pagi.

JANGAN LEWATKAN SAHUR SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA.

Saturday, August 13, 2011

Custard Jagung...

Smlm mrs sgt rajin...hehehehe
Masuk bakul angkat sendiri...
Terpaksa la coz en. tan xmo tolong angkat...

Menu berbuka smlm nasi tomato, masak merah ayam bermadu (ayam je ye bukan mrs tan ;p), dalca ayam n acar timun nanas...
Utk desert plak mrs tan buat pengat pisang nangka dgn tpg gentel n sagu...
mrs tan masuk office aka dapur since 2.30pm...hehehe
Sepanjang posa ni la 1st time mrs tan masak complete meal n desert...
Selalu en. tan yg tolong beli...

Pastu dah ptg sket big bro mrs tan called and ask to join him buka posa kat umah parents kami...
So mrs tan angkut semua benda yg dah siap masak gi umah parents...
Mmg rezeki dorang la kan nak rasa...
Alhamdulillah gak coz eventho posa rasa sumer cukup...
Xde la yg termasin ke tertawar ke...
Kuasa Allah swt...

So today mrs tan nak share the above resepi...
Senang nak refer in future...
mrs tan dapat ni dari my resepi posted by f&n kalo xsilap...
Cukup simple tapi mmg confirmed jadi...

Bahan2:

1 cawan tepung custard
I cawan creamy corn (mrs tan letak satu tin coz malas nak simpan balance)
3 cawan air
1 cawan evaporated milk (susu sejat)
3/4 cawan gula

Method:

Campur semua dlm periuk...
Gaul supaya tak berketul atas api sederhana...
Continue with the process sampai adunan jadi pekat n shining...
This stage is a bit tricky coz kalo xcukup pekat puding tu kan jadi a bit lembik susah nak potong...
Tuang dlm loyang n sejukkan...
Make sure betul2 sejuk baru boleh potong cantik...

Sorry pic xde cos dah ramai berkumpul jadi syok makan n bersembang sampai lupa amik gambo...hehehe
Insyaallah mmg mrs tan akan buat lagi so nnti baru upload gambar...

Monday, August 8, 2011

Golden Churn Butter...

Sana sini org dok citer pasal butter ni...
Tak dinafikan butter ni mmg sedap n mahal...
Tapi butter ni TAK HALAL...
JAKIM n JAIS pon ada kuarkan statement pasal ni...

Tapi semlm mrs tan singgah la ke My Mydin kat Danau Kota tu...
mrs tan suka pegi sini coz tempat dia bersih barang2 pon teratur...
Saja la nak top-up bahan2 yg kurang kat dapur mrs tan...
Pusing2 byk barang xde...
Ikan pon xlawo sgt semlm...
Sayur yg mrs tan minat pon xde...
May be stock tak sampai lagi kot...

Pastu mrs tan gi round kat tmpt susu and kaum kerabat...
Sekali terpandang butter ni...
Disusun cantik ngan butter n cheese yg lelain...
Aikkk????
Bukan ke Mydin ni store milik muslim...
Takkan x sensitif kot...
Authorities dah confirmkan butter ni haram coz ada dna oink2 kalo nak jual jugak gi la susun kat specific section...
Jgn la campurkan ngan benda yg disahkan halal yg lain...

Harap management Mydin boleh take note n action ya...
TQ...

p/s: JJ Wangsa Maju pon sama gak butter ni diletak sekali ngan section bahan kuih & kek....haissshhh

Update: Ni keratan article from Kosmo dated 16/8/2011


Jakim sahkan mentega haram

MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.

---------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

Friday, August 5, 2011

Sotong Masak Serai...


Not long ago kami ada gi makan buffet...
One of the menu was sotong masak serai...
Sotong plak yg kecik2 and mmg confirm tensi la nak bersihkan kulit dia...
en. tan cakap sedap la masak cam ni...
Pastu member siap repeat amik...
Dah dia kata sedap mrs tan pon rasa jugak...
Memanggggg sedap...

en. tan ai ni kalo kuah lemak2 dia kurang minat...
So far yg boleh masuk ialah masak lemak cili padi...
Maksudnya sotong serai ni kena la ngan tekak dia...

Nak jadi cerita masa trip ke pasar tani Setiawangsa mrs jumpa sotong kecik2 tu...
Memula agak skeptical nak amik coz malas nak siang...
In the end amik gak coz nak bodek en. tan...hehehe

Alhamdulillah agak menjadi walo tak 100% macam yg kami makan buffet tu...

Bahan2:

1/2kg sotong - dibersihkan n celur sekejap ngan air panas (kena buat ni so that kuah nnti tak cair sgt)
1 cawan santan pekat
1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
Satu sudu makan cili blend or cili padi (tahap pedas ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
2 batang serai dihiris*
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Method:

Bahan2 * diblend
Panaskan kuali n masukkan minyak
Tumis * sampai naik bau then masukkan kunyit
Then masukkan santan (at this stage mrs tan guna api kecik)
Masukkan asam jawa n garam
Agak2 kuah dah cukup pekat, rasa pon dah ok baru masukkan sotong
Jgn lama sgt nnti sotong liat
Siap semua boleh la hidang n makan ngan nasi putih panas
Sedap uuuuu...
Selamat mencuba

Wednesday, August 3, 2011

Kung Pao Chicken...



Dah lama masak tapi asik lupa nak upload...
Nnti resepi mrs tan letak...
Rasa cam letih nak menaip plak...hehehe

Nway ada citerk kelakar masa masak dish ni...
Nnti mrs tan citer keh...

Monday, August 1, 2011

Selamat Datang Ramadhan...

Bulan yg penuh barakah ini datang lagi...
Alhamdulillah mrs tan n family masih lagi dipanjangkan umo utk berpuasa lagi...
Moga ibadah puasa kita diterima...
Begitu juga dengan ibadah2 lain...
So far mrs tan dah dua mlm dapat buat terawih...
Moga ada rezeki tuk buat mlm2 seterusnya sampai ketibaan bendera Jopon...hehehe
Jgn hangat2 tut ayam udah le...