Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Darjah Taat...

mrs tan dengar ni pagi tadi kat IKIM fm...
Input dari Prof Muhaya...
I heart her...

Darjah ketaatan suami...
Allah swt, Rasul, IBU baru isteri...
Darjah ketaatan isteri...
Allah swt, Rasul, SUAMI, ibu n bapa...

So isteri2 xleh suruh suami pilih ibu atau isteri...
Xde pilihan disini...
Ibu mereka mengatasi kita...

Isteri2 xboleh rebut suami dari ibu mereka...
MIL kita dah byk invest untuk besarkan anak lelaki mereka...
Kita tak tahu apa yg MIL kita kena lalui untuk besarkan suami kita...
So tiada istilah mama's boy...
Kita tiada hak untuk complain jika suami melebihkan ibu mereka...
Kita dapat suami sesudah ibu mereka berpenat lelah membesarkan mereka...
Sesudah mereka berjaya...
Jadi MIL invest, kita yang dapat hasil...

According to her lagi...
Wanita seharusnya lebih menyayangi MIL lebih dari ibu sendiri...
Ibu kita yang melahirkan kita so mereka kenal kita inside out...
Mereka lebih faham sikap kita...
Unlike MIL mereka baru kenal kita so diorang tak faham kita sgt...
Jadi kita perlu lebih mengambil hati dan bertoleransi with our MIL...

Lai lai wo ai ni... ;-)

Friday, August 10, 2012

Qiam With Me...

Allahuakbar...

mrs tan sgt kagum dengan Sultan Muhammad V...
Ketua agama negeri Kelantan...
mrs tan bukan org Kelantan mrs tan org Key El ye...
Tapi dengan kuasa internet banyak sgt contoh2 "kehumblelan" ketua agama negeri Serambi Mekah ini...

Latest mrs tan tgk kat rancangan Assalamualaikum TV Al Hijrah, Sultan Muhammad V attended majlis qiam yg dah pecah record Malaysia Book of Records...
Biggest attendees untuk majlis qiam so far...
And the best part was that the event was actually conducted dlm Istana Kelantan...
Allahuakbar...

mrs tan sgt2 salute Sultan ini...
moga Allah swt sentiasa merahmati negeri Kelantan utk terus makmur dibawah pemerintahan Sultan Muhammad V...

Insyaallah...

tq tuan punya gambar. mrs tan paste kat sini...


Thursday, August 9, 2012

Zikir & Qasidah...

Sholatun bissalamil mubin...
Ya Ha Na Na...
Lau Kana Bainana Habib...
Ya Badrotim...
Damba Cinta Mu...

My latest addictions...
Sungguh tak jemu...
Sebab wedding Irma Hasmie and TV Al Hijrah la buat mrs tan sedar kewujudan zikir2 kat you tube...
Sedap sungguh geng2 InTeam & Al Mawlid melagukan semua zikir2 ni...

At least dengar pon dapat pahala kan...
Alang2 dah dengar confirmed mulut pon sibuk nak berlagu sama...
Boleh lah top-up untuk collection pahala for these last 10 days of Ramadhan...
Moga Allah swt terima amalan yg seciput ini ;)...
Insyaallah...


Wednesday, August 8, 2012

Ustaz Don / Sham Kamikaze...

Alhamdulillah mrs tan dapat kesempatan menghadiri tazkirah both of them di office...
TQ to ahli2 surau di office yg sgt rajin menyusun jadual kuliah zohor sepjg tahun...
Moga Allah swt sentiasa memberi rahmatnya atas usaha anda semua...

Anway both sgt best...
Ustaz Don dah selalu tgk di tv so mmg boleh agak style dia macamana...
Cuma x pernah tgk in person...

As for En. Sham selalu tgk zaman2 belum berhijrah dulu...
Dgn stylonya dgn earring nyer...
Not too sure what to expect...
But seing him just now buat mrs tan rasa sejuknya perut mak dia...
So simple dengan jubah, capal, selempang and kopiah...
Rasa cam terharu bila dia mengaku yg dulu dia lelaki metrosexsual...
First look bila dia berjalan masuk tu nampak macam sombong tapi surprisingly dia sgt best...

"Saya bukan ustaz, saya baru nak start"...;))
"Mari kita sama2 mencari malam lailatul qadar bukan lailatul kamdar :)"...



Friday, July 20, 2012

Pohon Solat...

mrs tan ada baca pasal satu artikel on Telekung Project...
Sgt tertarik dengan konsep ini...
mrs tan doakan penggerak project ini sentiasa dilindungi Allah swt atas kerja amalnya...
Sambil godek2 nak cari blog owner project ni mrs tan jumpa sesuatu yang sgt interesting dlm blog lain...

POHON SOLAT...
Baca disini kalau berminat http://ctfarazila.blogspot.com/2012/04/pohon-solat.html

The Telekung Project - http://littlebookhut.blogspot.com/2011/10/pagi-ini.html


Jom kita cuba pohon ni...




Ahlan Wa Sah Lan Ya Ramadhan...

Selamat kembali Ramadhan...
mrs tan bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa semula dengannya...
Allah swt masih beri kesempatan ini...
Syukur pada Mu Ya Allah...

Moga ibadah mrs tan diterima...
Moga mrs tan menjadi muslimah yang lebih baik...
Moga seluruh keluarga mrs menjadi muslim yang lebih baik...
Moga seluruh umat Muhammad menjadi muslim yang lebih baik...

Personally mrs tan rasa i have not done enuf to be a good muslim....
Moga semuanya berubah di Ramadhan ini...

Amin Ya Rabbal Alamin...
Insyaallah...


Monday, August 15, 2011

Perihal Lewat Sahur...

Sent to me by a friend. Ilmu yg baik untuk dikongsi bersama.

Baca dan renung baik-baik keterangan dibawah ini.

1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri Kedah ada Nota PERHATIAN -

Waktu akhir tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya.

2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu Subuh pukul 5.50 pagi, waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya iaitu pukul 5.45 pagi. Waktu subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. Justeru itu siapa yang masih minum pada pukul 5.47 bermakna ia telah minum selepas waktu subuh, maknanya dia tidak berpuasa lantaran jahil waktu taqwim(bukan jahil ugama). Oleh itu JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. PUASA IALAH RUKUN ISLAM. ORANG YANG BERAMAL MESTI BERILMU, MESTI ADA ILMU MENGENAI AMALAN ITU. Taarig puasa ialah Menahan diri dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari naik fajar hingga jatuh matahari.

3. Kenapa Jawatankuasa Takwim tulis tiap-tiap waktu sembahyang lewat 5 minit?. Jawapannya : Dalam Seminar Falak Syarei di KUZA Terengganu pada tahun 1990 an (tak ingat tarikh tepat) waktu masuk waktu sembahyang hendaklah ditulis 5 minit lewat bagi menyelamatkan orang yang hendak solat awal, pada hal ketika itu mungkin ia memakai jam yang cepat 1 atau 2 minit. Jika waktu sembahyang ditulis tepat seperti hakikatnya maka orang itu telah sembahyang padahal waktu belum masuk. Dia perlu sembahyang awal mungkin kerana nak pergi kerja cepat atau masalah lain, jadi dia sembahyang tanpa azan, tanpa iqamat, terus tengok jam dan sembahyang. Jadi sembahyang tidak diterima kerana belum masuk waktu.

4. Jawapan kedua. Kawasan sesebuah negeri itu kawasan yang luas. Contohnya Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling dan kawasan paling barat Kedah ialah Yan. Baling terima matahari lebih awal dari Yan lebih kurang 2 minit, kerana matlak(longitude) Baling disebelah timur dan matlak Yan di sebelah barat. Takwim hanya menyatakan satu waktu sahaja iaitulah 5 minit lewat dari tempat tengah-tengah Kedah. Secara rambangnya Alor Setar. Sebab itulah kita tengok negeri disebelah timur kita berbuka puasa lebih awal dari kita.

5. Jawapan ketiga. Dalam kiraan waktu sembahyang ahli falak mengira kepada 1 saat terhampir. Contohnya waktu subuh 5.45 pagi, mungkin kiraannya pukul 5 j 45 minit 20 saat( 5.45.20). Kita tak boleh tulis 5.45 kerana 5.45 belum masuk subuh. Waktu sebenar ialah 5.45.20. Oleh itu kita tulis 5.46 pagi hasil kiraan, kerana manusia melihat jam dan minit sahaja ketika mereka menggunakan masa. Kita tambah lagi 5 minit atas sebab-sebab diatas lagi. 5.46 + 5 minit jadi waktu subuh 5.51 pagi.

JANGAN LEWATKAN SAHUR SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA.

Thursday, June 2, 2011

Tazkirah...

Sent to me by friend this morning...

MARI kita RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI...

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup keNerakamu...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Tuesday, April 5, 2011

Selamat Beramal...

Renung-renungkan dan selamat beramal

السلام عليكم & Salam Sejahtera



Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke.

............Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"

Sunday, April 3, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW...

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Monday, October 11, 2010

Doa menyapu dahi selepas solat...

Read this in my-sweetthots.blogspot.com while blog walking...
Harap halalkan kan ye di CNP...
Sekadar mahu berkongsi ilmu...

Baca doa ini ketika menyapu dahi selepas solat.

Maksudnya: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku perasaan susah dan dukacita."Kaifiat & KhasiatDaripada Anas r.a katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat, Baginda menyapu dahi dengan tangan kanan sambil melafazkan doa tersebut." (Majma'

Monday, April 26, 2010

Tazkirah...

Sent to me by a friend. TQ.

Sambutlah Kesedihan Dengan Senyuman

By: agussyafii

Disaat Malam tiba. merenungkan setiap peristiwa yang dialami dalam keseharian. Mengikuti irama pendulum kehidupan. Kegembiraan dan kesedihan datang silih berganti. Banyak hal yang tidak pernah dimengerti. Kegembiraan disambut dengan penuh suka cita dan kesedihan selalu disambut dengan air mata.

Terkadang kita hanya memilih datangnya kegembiraan dan menolak datangnya kesedihan. Padahal kesedihan juga datangnya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai wujud kasih sayangNya kepada kita.

Sebab dengan kesedihan Allah berkenan mengampuni dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Sebagai sabda Nabi Muhammad yang mengingatkan kepada kita.

'Tidak seorang muslim menderita karena kesedihan, kedukaan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuh kecuali dengan itu Allah mengampunti dosa-dosanya' (HR. Bukhari).

Jika kita mengerti makna hadist ini, semua kesedihan akan mudah kita hadapi dengan lapang dada. Jika kita menerima disetiap kesedihan yang hadir pada diri kita dengan senyuman maka butiran-butiran air mata yang menetes menjadi titik-titk mutiara yang begitu indah. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Janganlah engkau bersikap lemah dan jangan pula engkau bersedih hati. Padahal engkaulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika engkau termasuk orang-orang yang beriman.' (QS. Ali Imran: 139).

Ayat diatas mengingatkan kepada kita agar menyambut setiap datangnya musibah, ujian, kesedihan dengan senyuman sebab kita adalah orang-orang yang derajatnya paling tinggi Allah menjanjikan hal-hal yang lebih baik dalam kehidupan kita sebagai pengganti kesedihan yang sedang kita alami pada saat ini.

Wassalam, agussyafii