* sent to me via email by a friend...
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Sunday, June 19, 2011
Thursday, June 16, 2011
Homemade Fishball...
Sila abaikan kuali tu ye. Bukan xde yg baru tapi sayang nak pakai sejak2 teruna dah pandai ke dapur. Takut ilang lagik layer non-sticknyer dan jadi mcm kat atas tu...hehehe
Wiken lepas mrs tan & family balik Lubuk Cina...
Tido sana 2 mlm...
Antara aktiviti kat sana ialah pegi Bandar Hilir & Pasar Kuala Sg. Baru...
Syok betul kat pasar tuh segala tok nenek hasil laut ada...
Antara fresh ngan tak je...
Memandangkan resepi fish ball tu dah berkurun mrs tan simpan so berkobar2 la nak cari tenggiri...
Dapat dua ekor abt 500gm each...
Dapat udang & sotong jugak...
Pastu sampai KL tak sempat kemas kain baju terus mrs tan kedapur mengerjakan ikan tenggiri tu...
mrs rasa vangga jugak la coz my 1st attempt berjaya in terms of rasa but outlook tu tak lawa sgt coz tak bulat cantik...
Bukan takat rasa je dengan kenyal lagik...
Oklah resepi as below...
Btw resepi ni mrs amik kat either 3 hungry tummies or table for two tak ingat (kat original recipe siap ada gambo lagik)...
Nway TQ...
Homemade Fishball
Bahan2:
500gm ikan tenggiri (ambil isi ikan je, kulit/tulang/kepala ketepikan boleh buat fish stock later)
1 tspn garam (2/3 campur dlm isi ikan 1/3 dilute kat dlm air below)*
1 tspn white pepper
1 tbspn tepung jagung
Air agak2 je - abt 5 sudu makan*
* ini utk campur dlm paste ikan. utk handle the paste sediakan air lain.
Method:
Isi ikan/garam/garam/white pepper cincang halus - mrs tan guna pisau je
Dah halus selang-selikan dengan air garam sampai dpt consistency yg halus
Then masukkan tpg jagung sebatikan ngan paste tu (masa buat ni basahkan tgn utk senang handle paste tu)
Siap process tu kepalkan pastu buat process membaling bukan atas lantai tapi dlm mangkuk or chopping board ye...hehehe
Btw process ini sedikit messy ye
Buat 4 to 5 kali - ni utk dptkan kekenyalan (springy)
Dah siap boleh la bulatkan pastu rebus abt 5 mins
Lepas tu cicah ngan cili sos pon sodap - tak sempat goreng cos dah tak sabar2 nak tau rasa dia...
Air rebusan jgn buang campurkan ngan tulang/kulit/kepala ikan tadi dapat la sup ikan - sedop ooo coz dpt ikan fresh
Verdict dari en. tan dia kata sedap...
Tapi tak bole buat jual sebab food cost tinggi...
Iya la pakai 99% ikan kan...
Dari 500gm mrs tan 30 ketul...
Teruna plak eksen saja je nak bagi mama geram...
Makan tapi xde kata apa...
Dara suka...
Confirm mrs tan akan buat lagi...
Sebab hasilnya memuaskan...
Tuesday, June 14, 2011
Happy 11th Birthday Dara...
Gigi yang terkorban di hari lahir...hehehe
Selamat Hari Lahir...
Mama & Babah doakan moga dara akan membesar menjadi anak yang berjaya dunia akhirat...
Dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindarkan daripada penyakit2 merbahaya...
Dikurniakan kepandaian dan kebijaksanaan...
Dan sentiasa menyenangkan hati kami berdua...
Apa pon kesian gak kat dara coz walaupun today is her b'day dia telah kehilangan 5 batang gigi diragut oleh dentist...hehehe
Sama cam kes teruna last year hadiah b'day ialah visit to dentist...
Tapi xpe dara mama kental...
Monday, June 13, 2011
Pinjam Boleh???...
Kepada Dr. tutttt...
Kagum mrs tan dengan org melayu yg kaya camni...
Renovation cost je dah sampai juta2 lemon...
Dan boleh bayar cash plak tu...
Dah tu tak termasuk property cost...
mr & mrs tan yg both bekerja bertungkus lumus siang malam pun xde rete camni...
Nak beli rumah rege 500K and bayar installment 30 tahun pon sayup je...
Rasa cam nak pinjam duit la kat tuttttt...
Agak2 dia bagi tak????

Saturday, June 4, 2011
Bukan Manusia...
Masih hidup ketika dicampak
KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan bayi yang ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam Selasa lalu, masih bernyawa ketika dicampak.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata hasil bedah siasat terhadap bayi itu mendapati punca kematiannya adalah pelbagai kecederaan di kepala dan badan akibat jatuh dari tempat tinggi.
“Bedah siasat mendapati bayi itu masih bernyawa ketika dicampakkan. Jelas, ini satu kes bunuh yang sangat kejam. Polis akan terus berusaha untuk menjejaki suspek. “Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.
Harian Metro kelmarin melaporkan kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak selepas seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri.
Sehari berikutnya, seorang lagi bayi dilaporkan menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang, di sini, kelmarin. Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan.
Kepada Pelaku...
Kecik xnak mampus...
Dah besar xde otak...
Mmg confirm otak letak kat tapak kaki...
Ko xnak bagi kat orang...
Kenapa nak buat macam ni?????????

Thursday, June 2, 2011
Tazkirah...
Sent to me by friend this morning...
MARI kita RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI...
MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup keNerakamu...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Wednesday, June 1, 2011
Up, up and awayyyyy...
Naik lagi...
Pas gula, petrol and latest electric tariff...
Pas ni apa la pulak...
Mmg mrs tan bangga la jadik rakyat yg bekerja...
Mmg sokong la kenaikan harga semua keperluan...
Mmg mrs tan bekerja untuk menampung semua kenaikan ni...
Xpe naik la apa benda pon...
Pastu bandingkan la ngan other countries...
Mmg sentiasa la kita punya harga paling rendah...

Subscribe to:
Posts (Atom)