Friday, July 20, 2012

Pohon Solat...

mrs tan ada baca pasal satu artikel on Telekung Project...
Sgt tertarik dengan konsep ini...
mrs tan doakan penggerak project ini sentiasa dilindungi Allah swt atas kerja amalnya...
Sambil godek2 nak cari blog owner project ni mrs tan jumpa sesuatu yang sgt interesting dlm blog lain...

POHON SOLAT...
Baca disini kalau berminat http://ctfarazila.blogspot.com/2012/04/pohon-solat.html

The Telekung Project - http://littlebookhut.blogspot.com/2011/10/pagi-ini.html


Jom kita cuba pohon ni...




Ahlan Wa Sah Lan Ya Ramadhan...

Selamat kembali Ramadhan...
mrs tan bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa semula dengannya...
Allah swt masih beri kesempatan ini...
Syukur pada Mu Ya Allah...

Moga ibadah mrs tan diterima...
Moga mrs tan menjadi muslimah yang lebih baik...
Moga seluruh keluarga mrs menjadi muslim yang lebih baik...
Moga seluruh umat Muhammad menjadi muslim yang lebih baik...

Personally mrs tan rasa i have not done enuf to be a good muslim....
Moga semuanya berubah di Ramadhan ini...

Amin Ya Rabbal Alamin...
Insyaallah...


Sunday, July 1, 2012

Jodoh...

Hari ni asik la mrs tan nak bertenet...
Semuanya sebab nak tgk udpated wedding pictures of Irma Hasmie and hubby...
Bahagia sungguh tgk gambar this couple...
Irma dah la lawa dpt pulak hubby handsome...
Pastu baca pulak citer how they met...
How the MIL started the first move...
Untung betul Irma...
Cam novel fav mrs tan "Adam & Hawa"

Irma n hubby started their relationship in Mekah depan Rumah Allah swt...
Adam & Hawa pulak rekindled their relationship in Mekah...
Planning Allah swt sungguh tak terjangka...

Ada couple yang berjumpa di tempat belajar, ada yang jumpa di tempat kerja (mrs tan la tu...hehehe) ada yang canggih sket jumpa kat kelab malam...

Untuk Irma and hubby moga jodoh hingga hujung nyawa...
Moga saling melengkapi...
Suka tgk penampilan Irma sekarang ni...
Serba lengkap sebagai muslimah sejati...

Moga teruna dan dara mrs tan dapat jodoh yang baik2 in future...
Yang dara dapat suami yg dapat membimbing hingga ke Syurga...
Yang teruna pulak dapat membimbing rusuknya juga ke Syurga...

Moga kita semua bahagia hendaknya Insyaallah...

TQ tuan punya gambar. mrs tan tepek kat sini ye...
Really heart this picture...



Friday, June 15, 2012

Happy Birthday Doter...

To my doter...
Happy B'day to you...
This picture was taken when we went for Konsert AF Final masa Shahir menang...

You are one step away to be teenager...
No more budak2...

Moga membesar menjadi anak solehah...
Anak yang berjaya didunia dan akhirat...
I heart you

Tuesday, June 5, 2012

Lama sungguh...

Lama sungguh mrs tan x update blog...
Macam2 hal yg jadi tapi tgn ni malas sungguh nak update...
Suka malas nak citer, duka lagi la kan...
Tapi hari ni rasa cam nak update sket citer...

On 29/4/2012, hari ni genap arwah bidadari syura mrs tan genap usia 3 tahun...
Sedih tetap ada tapi mrs tan dapat terima hakikat...
Dah boleh dukung bb yang berkunjung ke restoran...
Dah boleh tgk gambar bb...
Dah boleh gi beli baju bb untuk hadiah...
Pendek kata dah redha...
Ini semua ujian Allah swt...
Allah swt sayang kat mrs tan sebab itu Dia duga...
Dia Maha Mengetahui bahawasanya mrs seorang yang tabah n cekal...
Mama sayang Naqib...

Last weekend mrs tan n family plus adik fly gi Singapore...
Extremely short trip 1 mlm sahaja...
Just because nak attend wedding anak buah...
Dalam pada tu berharap dapat jumpa cousin sister yg dah 20 yrs migrate ke UK...
Tambah lawa cousin sister mrs tan...
Paling penting dia tak lupa kat mrs tan walaupun dah lama xjumpa...
Dan sempat juga pergi ke Mustapha Centre...
Dapat la cari jam idaman teruna dan dara...
Satu sandal, tali pinggang and baju bb utk bb bff mrs tan...

Dalam happy ada duka...
Mmg mrs tan simpan dalam hati...
Rasa geram and pedih sgt dlm hati...
Xpe selagi boleh sabar, mrs tan sabar...
Kalau dah xmampu esok lusa pasti ada jalannya...

Nway moga hari2 mendatang akan jadi lebih positif and produktif utk semua....
Insyaallah...

Monday, April 23, 2012

Buy One Free One...

Last Saturday, mrs tan was very excited nak gi Courts Mammoth...
Semuanya sebab brochure yang they all distributed...
mrs tan mmg nak purchase one small tv to be put in dara's room...
Then nak sign up for Njoi package for her UPSR...
Dah lama janji and so far tak tertunai lagi...

So bila tgk advert buy 1 free 1 + cash voucher of RM25 ofcos la teruja kan...
Pas fetch dara back from her school singgah la Courts Setapak...
Terus tuju section tv and approached one SA...
SA tu dgn confidentnya cakap ooooo ni akak kena sign up for 60 mnths kalau nak dapat free tv...
Ehhh takkan la RM399 pon nak kena sign up for 60 mnths ni mrs tan plak cakap...
Kalo ribu riban tu logik la jugakkan...;)
Tapi xpe kak saya gi check lagi sekali...
Ok mrs tan pon tunggu...

Sekali tu jeng jeng jeng...
Courts Mammoth nyer definition of buy 1 free 1 tu ialah you buy item A, you will get item A and they will give you item B for free...
Bukan ke kalo BUY ONE FREE ONE maksudnya as an example you buy an ice cream you will get another ice cream...

Ni bukan kira tipu ke????...

Thursday, March 22, 2012

Bulu Cik Piggy...



Mari Berkongsi...

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..