Tuesday, July 6, 2010

Pencuri Yang Jujur...

Padah tak matikan enjin kereta
source: hmetro 7/7/2010


MAKKAH: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati kereta mereka hilang selepas keluar dari sebuah pasar raya di sini, semalam.
Bagaimanapun, kebimbangan mereka berakhir 30 minit selepas itu apabila si suami menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali.

Pemanggil berkenaan mengucapkan terima kasih kepadanya dan memaklumkannya kereta itu berada di depan sebuah bank dan kuncinya diletakkan di bawah kerusi pemandu.

Pemanggil itu berkata, dia begitu terdesak untuk mendapatkan kenderaan dan kebetulan menemui kereta mangsa dengan enjinnya masih hidup.

“Terima kasih. Saya menemui kereta anda dengan enjinnya hidup dan pintunya terbuka. Jangan bimbang, saya tidak mengambil apa-apa dari kereta itu,” kata si pemilik, mengulangi kata-kata si pemanggil.
Agak2 kat Malaysia ada tak pencuri yang macam nih????... ;P
Dalam mimpi ada kot...

No comments:

Post a Comment