Sana sini org dok citer pasal butter ni...
Tak dinafikan butter ni mmg sedap n mahal...
Tapi butter ni TAK HALAL...
JAKIM n JAIS pon ada kuarkan statement pasal ni...
Tapi semlm mrs tan singgah la ke My Mydin kat Danau Kota tu...
mrs tan suka pegi sini coz tempat dia bersih barang2 pon teratur...
Saja la nak top-up bahan2 yg kurang kat dapur mrs tan...
Pusing2 byk barang xde...
Ikan pon xlawo sgt semlm...
Sayur yg mrs tan minat pon xde...
May be stock tak sampai lagi kot...
Pastu mrs tan gi round kat tmpt susu and kaum kerabat...
Sekali terpandang butter ni...
Disusun cantik ngan butter n cheese yg lelain...
Aikkk????
Bukan ke Mydin ni store milik muslim...
Takkan x sensitif kot...
Authorities dah confirmkan butter ni haram coz ada dna oink2 kalo nak jual jugak gi la susun kat specific section...
Jgn la campurkan ngan benda yg disahkan halal yg lain...
Harap management Mydin boleh take note n action ya...
TQ...
p/s: JJ Wangsa Maju pon sama gak butter ni diletak sekali ngan section bahan kuih & kek....haissshhh
Update: Ni keratan article from Kosmo dated 16/8/2011
Jakim sahkan mentega haram
MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.
---------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama
No comments:
Post a Comment