Thursday, November 25, 2010

Lemon...

Menarik betul sumer facts abt lemon nih...
Masa blog walking terjumpa...
Ambil dari blog Hanis Zalikka...
Lawa orangnyer...

Facts about lemon...

TOP 10 KEBAIKAN LEMON(mengikut turutan ke-best-an)

10. Bantu kesihatan dan kewangian mulut/gusi. Apabila sakit gigi, sental lemon secara sungguh-sungguh terhadap gigi tersebut untuk mengurangkan kesakitannya. Sila potong lemon itu dulu, jangan kau sental sekali bulat tuh kat gigi memang menjahanamkan lebih lanjut. Kalau gusi berdarah juga, urutlah lemon di tempat gusi itu berdarah, selain bantu menghentikan pendarahan, ia mewangikan gusi busuk ituww.

9. Membantu memulihkan masalah/penyakit berkaitan saluran pernafasan. Samada sapu lemon di dada dan sedut aromanya atau minum air panas-panas untuk benefit dari wapnya, semua di ajar di e-How sila usha jangan malas.

8. Pam keluar toksin dan bakteria dari badan. Pam keluar, wah? Flush out toxins and bacteria bahasa Inggerisnya. Sebab lemon bantu kita kencing lebih banyak dari sukatan biasa (nak uji kebenaran, bolehlah sediakan measuring tube haha ew). Kebaikan itu menjadikan ia blood purifier yang bagus dan mampu memulihkan penyakit seperti Rheumatism, Arthritis, Cholera atau Malaria.

7. Menenangkan otak & badan yang stress sedang melalui fasa depression. Kerana ia mampu mengawal tekanan darah tinggi, pening-pening dan rasa nak muntah. Tidak stress lagi! Bila tensi cuba minum air lemon, terus berada di awan ke-9 (hiperbola). Apabila tidak stress, rambut tidak gugur, bawah mata tidak lebam, bibir tidak melengkung ke bawah. Kan cantik.

6. Merawat sakit tekak. Ha inilah dia! Ha inilah dia! Benefit inilah yang membawa saya menulis artikel ini sekaligus memberi pengetahuan mendalam tentang lemon kepada anda semua. Sebab dia terel melawan jangkitan kuman, mati kau kuman mati kau kuman yang bermastautin di tekak. Tapi dia suruh kumur-kumur air lemon. I minum terus pula teehee.5. Kurangkan demam kerana membantu kita berpeluh.

4. Bagus untuk perut. Apabila dicampur dengan air panas, lemon berupaya menyelesaikan permasalahan nyahtinja yang dihadapi seseorang. Kembung perut, heartburn dan parasites juga mampu dirawat dengan khasiat lemon ciptaan Tuhan.

3. Membuang rasa bersalah untuk hidang air kosong kepada tetamu. Agak-agak nak stylo dengan harga murah, campak sahaja lemon dalam satu jug air masak berisi ais. Kan macam kat hotel? Kan terus semua tetamu hilang sakit-sakit gusi tulang stress semua. Bagus betul tips cipta sendiri ni :')

2. Bagus untuk kulit. Rejuvenate skin from within katanya. Kebaikan lemon untuk kulit: Mengurangkan tanda parut kalau selalu sapu kat parut, mengurangkan kedut dan blackheads kalau selalu minum, bring glow to face (muka bercahaya glow in the dark wah wah wah) kalau selalu makan minum. Kalau dah selesai perah lemon untuk buat lemonade, jangan buang lagi sebab kulit (sebelah dalam) lemon boleh buat scrub muka (buang sel kulit mati) dan juga scrub siku lutut leher.

1. Mengurangkan berat badan dan mengecilkan perut. Mestilah nombor satu kan kebaikan ini :B Kalau yang nak try lose weight, lemon akan mempercepatkan proses itu. Untuk perut pula, lemon dikatakan bagus dalam reducing belly fat. Banyak artikel lain yang mengupas kebenaran statement tadi, jadi rajin-rajinlah cari.

No comments:

Post a Comment